Wednesday, 30 July 2025

Program Suaikenal (Fam-Trip) Refreshing Langkawi 99 Magical Islands V2: VIBES & HEALING

 

Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Langkawi telah menganjurkan (Fam-Trip) Refreshing Langkawi 99 Magical Island V2: VIBES & HEALING 2025 pada 21 hingga 24 Julai 2025.

Program ini melibatkan seramai 18 peserta terdiri daripada  pempengaruh media sosial, wakil agensi pelancongan, serta para pegawai Tourism Malaysia dengan objektif mempromosikan keunikan destinasi produk pelancongan yang sedia ada dan juga yang terkini di Pulau Langkawi terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi lawatan termasuk Dream Forest, Rumah Makan Mahsuri, Pulau Tuba, Jetski Tour ke Gua Selat Panchor,Pulau Batu Reban, Eagle Square, Balai Seni Negara Langkawi, Maha Tower turut diperkenalkan kepada peserta yang terlibat.

Program ini turut mengadakan pra-pelancaran pakej pelancongan Pulau Langkawi sebagai panduan kepada agensi pelancongan dalam merangka pakej yang lebih menarik untuk pelancong. Inisiatif ini merupakan antara usaha mempromosikan keunikan destinasi dan produk pelancongan sedia ada serta terkini di Pulau Langkawi, melalui jalinan kerjasama strategik antara pemain industri pelancongan dan pempengaruh tempatan.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.