Saturday, 19 July 2025

Pakej Lawatan Pendidikan Zoo Taiping & Night Safari

 


Lawatan Sambil Belajar yang Tidak Akan Dilupakan di ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI!

Sedang merancang lawatan sambil belajar yang menyeronokkan dan penuh berinfomasi untuk pelajar anda?

Zoo Taiping & Night Safari menawarkan PAKEJ PENDIDIKAN istimewa yang direka khas untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang unik, menyeronokkan dan penuh bermakna di kawasan kehijauan alam semula jadi!

Apa yang Menarik?

> Lawatan berpandu oleh Renjer Zoo berpengalaman

> Aktiviti pendidikan dan interaktif bertemakan haiwan & konservasi

> Pendedahan kepada kepelbagaian spesies hidupan liar dan habitat semula jadi mereka

> Sesi pendidikan tentang pemuliharaan, penjagaan haiwan, dan kepentingan biodiversiti

> Pilihan melawat pada waktu siang atau malam – pengalaman Night Safari yang tak dapat dilupakan!

Pakej ini sangat sesuai untuk:

> Pelajar tadika

> Sekolah rendah & menengah

> Pelajar IPTA/IPTS

> Kelab alam sekitar, organisasi belia dan kumpulan komuniti

Disertakan juga (mengikut pakej-pakej yang disediakan):

> Cenderahati ZTNS

> Sijil penyertaan/ kek sambutan

> Tempat makan disediakan

> Kemudahan tempat solat & tandas

Tempahan perlu dibuat lebih awal (tertakluk kepada kekosongan tarikh)

Untuk pertanyaan & tempahan, hubungi kami di talian +05-808 6577/ +05-804 1045 atau emailkan surat permohonan anda ke email ZTNS (zootaiping@zootaiping.gov.my)

Atau DM terus ke FB kami untuk maklum balas segera!

Berikan peluang kepada pelajar anda untuk mempelajari dunia haiwan secara lebih dekat, membina sifat empati terhadap alam dan menimba ilmu secara _hands-on_ hanya di Zoo Taiping & Night Safari!

Kerana pembelajaran bukan hanya di dalam kelas, tetapi juga bersama alam

-Zoo Taiping & Night Safari.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.