Wednesday, 16 July 2025

Bengkel Pembangunan Pakej Pelancongan Agro 2025

 

Tourism Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Pakej telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pakej Minat Khas AgroPelancongan pada 8 hingga 10 Julai 2025 di Negeri  Selangor dan Perak.

Program ini menghimpunkan 16 wakil agensi pelancongan dengan objektif memperkenalkan produk agropelancongan yang berpotensi di negeri Selangor dan Perak sebagai antara tumpuan segmen pelancongan domestik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi lawatan termasuk Saudagar Nenas, Durian BB Academy, Mardi Kuala Kangsar, Hoga Gaharu Tea Valley, Gopeng Agrotech, Zahara Garden dan Tambun Musk Melon.

Sesi bengkel turut diserikan dengan kehadiran Mohamad Aizat bin Mohd Zawawi, Pegawai Tadbir Kanan, Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta, MARDI; Zulhymi Effendy bin Zakaria, Pegawai Eksekutif, Tourism Perak; dan Mohd Roslan bin Abdullah, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia yang turut memberikan input bermanfaat kepada para peserta.

Tourism Malaysia terus komited dalam menyokong pembangunan pelancongan berasaskan komuniti dan pertanian dalam usaha memperluas ekosistem pelancongan berimpak tinggi menjelang VM2026.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.