Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Tengah bersama Tourism Selangor telah menganjurkan 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐭𝐚𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟒 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐𝟔 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 bertempat di Kuala Selangor.
Program ini telah melibatkan seramai 46 peserta terdiri daripada,
pengamal media dan pempengaruh media sosial tempatan serta para pegawai Tourism
Malaysia, Tourism Selangor, Canon Malaysia dan Sahabat Langit Utara (SALUT).
Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosi produk – produk
pelancongan di Kuala Selangor serta bengkel Cerapan Bintang (stargazing) di De
Palma Resort, Kuala Selangor bersama Datin Rafidah Binti Idris Pengarah Kanan
Bahagian Domestik dan Acara, Puan Azimah Binti Azi Timbalan Pengarah Bahagian
Pembangunan Pakej, Puan Renuga Devi Sivamoorthy Pengurus Pembangunan Produk Dan
Pakej , Sahabat Langit Utara (SALUT) dan rakan strategik Canon Malaysia. Para
peserta turut berpeluang menghasilkan teleskop (DIY) dengan bimbingan daripada
Sahabat Langit Utara bagi menyokong 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Program ini telah membawa para peserta untuk mengenali beberapa
produk pelancongan di Kuala Selangor seperti 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐌𝐮𝐫𝐚𝐥 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐞𝐭 𝐀𝐫𝐭, 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭𝐢, 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐮, 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐬 𝐏𝐨𝐭𝐭𝐞𝐫𝐲, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐅𝐫𝐮𝐢𝐭 𝐕𝐚𝐥𝐥𝐞𝐲, 𝐄𝐚𝐠𝐥𝐞 𝐅𝐞𝐞𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢
𝐉𝐞𝐭𝐢 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠.
Penutup program diserikan dengan aktiviti CSR Penanaman Anak Pokok
di Selangor Fruit Valley melambangkan kerjasama strategik antara Tourism
Malaysia dan Selangor Fruit Valley.
Tawaran pakej Star Gazing boleh didapati melalui pautan berikut:
https://www.tourism.gov.my/.../Stargazing_Packages.pdf
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.