KUALA LUMPUR, 15 Julai 2025 – Tourism Malaysia hari ini melancarkan program “Spice & Soul of Malaysia”, sebuah inisiatif berteraskan gastronomi dan kebudayaan yang menampilkan keunikan masakan tradisional serta kepelbagaian budaya tempatan.
Program ini merupakan salah satu usaha strategik bagi memperkukuh promosi kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan mengetengahkan pengalaman pelancongan yang berteraskan cita rasa dan warisan budaya Malaysia.
Spice & Soul of Malaysia turut memperkenalkan Midnight Supper iaitu budaya makan lewat malam yang telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Malaysia. Pengalaman ini turut dapat dirasai di Saloma Kuala Lumpur yang akan melanjutkan waktu operasi sehingga jam 3.00 pagi dengan menawarkan kepelbagaian menu kegemaran rakyat Malaysia. Budaya ini mencerminkan nilai kebersamaan dalam masyarakat majmuk Malaysia merentas kaum, agama dan latar belakang yang gemar berkumpul, berbual mesra, dan menikmati hidangan lewat malam dalam suasana santai dan harmoni.
Selain itu, Midnight Supper turut boleh dinikmati di rangkaian restoran di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang terdapat di seluruh negara. Usaha ini dilihat mampu menjadi daya tarikan tersendiri dalam memperkukuh naratif Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya dan gastronomi menjelang VM2026.
Tiga buah hotel di Kuala Lumpur turut sama menawarkan aktiviti menarik sempena pelancaran Spice & Soul of Malaysia dengan menampilkan dekorasi dan persembahan kebudayaan serta penyediaan makanan bertemakan etnik bagi memberi peluang
kepada pengunjung untuk merasai pengalaman dalam aktiviti kebudayaan sambil menjamu selera.
Hotel-hotel yang mengambil bahagian dan aktiviti yang ditawarkan adalah seperti:
Hotel
Royal Signature, Kuala Lumpur
Tarikh:
1 – 31 Julai 2025 (Setiap Sabtu)
Aktiviti: Sajian kulinari, persembahan kebudayaan dan dekorasi bertemakan etnik Minangkabau.
Hotel
Saujana, Kuala Lumpur
Tarikh:
1 – 31 Julai 2025
Aktiviti:
·
Nyonya Trio Platter @ GT Terrace (19–20 Julai),
·
Peranakan Afternoon Tea @ The Club Lounge (setiap Sabtu),
·
Meh Minum Petang, Belajair Joget with Suzanne Lee (27 September),
·
Evening Peranakan Cocktail Hour @ The Club (1–31 Julai),
·
Peranakan Add-on Coffee Break Menus (1–31 Julai),
· Charcoal Peranakan Menu (Julai–Disember).
Ibis
Kuala Lumpur City Centre
Tarikh:
1 – 31 Julai 2025 (Setiap Jumaat dan Sabtu)
Aktiviti: Buffet Makan Malam “Malaysian Delights – Mega Sales!” dan persembahan kebudayaan.
Pada
tahun 2024, Malaysia telah mencatatkan jumlah perbelanjaan pelancongan sebanyak
RM106.783 bilion, dengan komponen makanan dan minuman menyumbang 16.1% iaitu
peningkatan sebanyak 0.9% berbanding tahun 2023. Data ini membuktikan bahawa
pelancongan gastronomi yang memberi pengalaman kulinari tempatan merupakan
sebahagian aktiviti pilihan oleh pelawat tempatan dan antarabangsa.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.