Wednesday, 23 July 2025

Program Geopark Odyssey: Heritage & Archaeo Tourism 2025 @ Lipis Geopark 2025

 

Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Timur telah menganjurkan FamTrip Program Geopark Odyssey : Heritage & Archaeo Tourism 2025 @ Lipis Geopark 2025 pada 18 hingga 20 Julai 2025 di daerah Jerantut dan Kuala Lipis, Pahang.

Program ini melibatkan  seramai 32 peserta terdiri daripada wakil agensi pelancongan, media tempatan,penghasil kandungan media sosial serta para pegawai daripada Perbadanan Taman Negeri Pahang, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Pahang dan Majlis Daerah Lipis,  dengan objektif untuk memperkenalkan produk pelacongan yang berpotensi di daerah Jerantut dan Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi lawatan termasuk Gua Kota Gelanggi,Gua Tagang,Gua Sisik Naga, Gua Bama, Perkampungan Orang Asli Pos Betau, Dataran Kars Merapoh,Taman Negara Sungai Relau, serta jejak warisan di sekitar bandar Kuala Lipis.

Program ini mengetengahkan keunikan geologi  Lipis Geopark serta aktiviti lasak seperti penjelajahan gua dan pendakian via ferrata serta budaya tempatan dan sejarah Jerantut dan Kuala Lipis.

Tourism Malaysia terus komited dalam menyokong pembangunan pelancongan setempat serta minat khas dalam usaha untuk memperluas ekosistem pelancongan berimpak tinggi menjelang Visit Malaysia 2026.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.