AirAsia Malaysia (AK461) telah menyambung semula laluan dari
Palembang, Indonesia ke Kuala Lumpur bermula 18 Julai 2025. Laluan ini kini
beroperasi setiap hari menggunakan pesawat A320 berkapasiti 186 tempat duduk.
Penyambungan semula laluan ini dijangka merancakkan lagi sektor
pelancongan negara dengan menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke
Malaysia.
Penerbangan ini berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Badaruddin II pada jam 11:00 pagi (waktu Indonesia) dan tiba di KLIA Terminal 2
pada jam 1:30 petang (waktu Malaysia).
Majlis sambutan ketibaan telah diketuai oleh Cik Jesslyne Heng,
Ketua Pemasaran AirAsia dan Cik Jamilah Abdul Halim, Timbalan Pengarah Kanan,
Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Tenggara, Tourism Malaysia, sebagai tanda
sokongan terhadap penyambungan semula laluan ini.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.