Sunday 24 December 2023

Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa Rancak Pelancongan Mesra Muslim

 


Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023 merupakan titik permulaan dan salah satu usaha berkonsepkan pelancongan dan hospitaliti mesra rakyat.

Festival yang berlangsung dari 16 hingga 19 Disember ini turut melibatkan 15 buah Negara, termasuk negara jiran Indonesia, Pakistan dan Indonesia. YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 16 Disember (Sabtu) lepas telah merasmikan Festival ini di Kuala Lumpur.

Beliau dalam ucapannya berkata, “Festival ini merupakan satu program yang memberikan kesedaran terhadap pelancong-pelancong di luar sana berkenaan keindahan seni dan budaya masyarakat kita. Ianya dipelopori oleh ITC (Islamic Tourism Centre) dan kita dapat lihat banyak perkembangan yang amat positif dalam kalangan penggiat industri, bukan setakat negara kita, tapi di luar sana juga”.

Bagi merancakkan lagi konsep pelancongan dan hospitaliti mesra rakyat, ITC telah melancarkan Pakej Platinum: Pakej Mesra Muslim yang mampu menarik kedatangan pelancong Muslim, bukan sahaja dari benua Asia Barat dan China malah mampu menarik kedatangan pelancong seluruh pelusuk dunia.

Pelancongan mesra Muslim kini merupakan salah satu industri pelancongan yang mendapat perkembangan positif dalam kalangan pelancong Muslim.

Malaysia yang merupakan hub pelancongan Mesra Muslim telah dinobat sebagai Destinasi Mesra Muslim Terbaik Dunia dan Destinasi Mesra Wanita Muslim Terbaik.

-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.