RAZALI
Idris (tengah) bergambar bersama para peserta International Monsoon Casting
Tournament 2023 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA
HAIRRY ROSLI
HULU TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menyasarkan kehadiran seramai 4.5 juta pelancong tempatan dan luar negara ke negeri ini pada tahun hadapan.
Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk
Razali Idris berkata, jumlah sasaran tersebut lebih tinggi berbanding
catatan kedatangan lebih 3.5 juta pelancong tahun ini.
Menurutnya, sasaran
itu mampu dicapai memandangkan pertumbuhan ekonomi negara didapati sedikit
pulih berbanding pada tahun ini, di samping kerajaan negeri telah memulakan
promosi bagi menarik lebih ramai pelancong dari luar negara termasuk Timur
Tengah.
Katanya, promosi pelancongan di luar negara
sebelum ini lebih tertumpu di Eropah dan China.
“Kita
hendak ramaikan pelancong Muslim datang ke negeri Terengganu kerana kita hendak
tunjukkan bahawa kita mesra Muslim dan mesra syariah.
“Statistik
yang baru juga menunjukkan pelancong dari negara China yang beragama Islam
ramai datang ke negeri ini pada tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas
majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah International Monsoon Casting
Tournament (IMCT) 2023 di Kenyir Geopark, dekat sini, hari ini.
Seramai
250 peserta menyertai IMCT edisi ke-14 termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun,
Singapura, China dan Thailand.
Razali memberitahu,
kerajaan negeri juga merancang memperbanyakan aktiviti pelancongan untuk
menarik lebih ramai pengunjung pada sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL),
tahun hadapan.
Jelasnya, program pelancongan itu
diperkenalkan untuk menukar persepsi tidak boleh dikunjungi pada musim
tengkujuh antara November hingga Disember.
Katanya,
penganjuran IMCT yang diadakan secara tahunan ini juga merupakan salah satu
aktiviti musim tengkujuh di Tasik Kenyir.
“Program
Pesta Maing Ujang di Setiu Wetland yang baru diperkenalkan tahun ini juga menunjukkan kejayaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.