Friday, 22 December 2023

Naik Eco-Cruise Sungai Linggi percuma sehingga 5 Januari 2024

 


ALOR GAJAH: Eco-Cruise Sungai Linggi di sini diharap menarik lebih ramai pengunjung serta menjadikannya salah satu lokasi pelancongan paling menonjol di utara Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.


Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, orang ramai berpeluang menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi secara percuma sebelum pembukaan rasmi pada 5 Januari depan.


Menurutnya, selain aktiviti menyusuri sungai melihat flora dan fauna serta kelip-kelip pada sebelah malam, Taman Lokan juga merupakan salah satu tarikan utama.


“Tawaran percuma hanya pada hujung minggu bertujuan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menyusuri sungai berkenaan.


“Eco-Cruise menyusuri Sungai Linggi bermula di Jeti Paya Lebar sehingga ke Taman Lokan yang memakan masa kira-kira tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik, selain menikmati makan tengah hari di Restoran Terapung.


“Lebih menarik kita dapat melihat dari dekat habitat 1,400 ekor buaya di sepanjang Sungai Linggi hingga ke muaranya dan lebih unik, kita dapat lihat reptilia ini berehat sewaktu air surut. Jadi kawasan ini akan jadi daya penarik lebih ramai lagi dan kita mewujudkan satu kawasan glamping yang baharu, khusus bagi kawasan caravan pertama dilancarkan di Melaka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Eco-Cruise Sungai Linggi di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Ab. Rauf turut merasmikan Restoran Terapung Sungai Linggi berdekatan Taman Lokan.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.