Sunday 24 December 2023

Jom Meriahkan Program MOTAC @ BINTULU! ( 29 Disember 2023 ~ 7 Januari 2024 )

 


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Pejabat Pentadbiran Bahagian Bintulu akan menganjurkan Program MOTAC @ Bintulu yang akan berlangsung pada 29 Disember 2023 hingga 7 Januari 2024 di Lasar Kenyalang, Bintulu, Sarawak!

Pelbagai pengisian menarik seperti Jualan Kraf Borneo Kita, jualan makanan dan minuman yang melibatkan 100 buah gerai, persembahan pentas dari artis-artis terkenal seperti Bunkface, Melissa Francis,Rosario dan lain – lain lagi !

Acara kemuncak ialah Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 31 Disember 2023. Menariknya program ini ialah acara pengiraan detik Tahun Baru 2024 yang akan diserikan dengan persembahan bunga api dan persembahan rakyat.

Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan anda datang memeriahkan Program MOTAC @ Bintulu! Jumpa anda di sana!

-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.