SHAH ALAM - Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai banda raya paling dikunjungi pelancong sepanjang 2023.
Perkara tersebut dinyatakan berdasarkan kepada Indeks Bandar Destinasi Global hasil kajian Mastercard berdasarkan jumlah ketibaan pelawat semalaman antarabangsa dan perbelanjaan rentas sempadan.
Seramai 13.79 juta pengunjung dari
seluruh dunia telah melawat Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.
Lima negara berada di
kedudukan teratas ialah Bangkok dengan 22.78 juta pelawat, Paris (19.10 juta),
London (19.09 juta), Dubai (15.93) dan Singapura (14.67 juta).
Selain itu New York di
kedudukan ketujuh diikuti diikuti oleh Istanbul, Tokyo dan Antalya.
Manakala Makkah tersenarai di
tangga ke-13 dengan jumlah pengunjung sebanyak 10 juta, diikuti Phuket dan
Pattaya, masing-masing menerima pelancong sebanyak 9.89 juta dan 9.44 juta.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.