IPOH 7 Jan. – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bercadang menganjurkan satu trip lawatan melibatkan kunjungan wartawan dan agensi pelancongan asing ke sini Sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 bagi membantu mempromosikan negeri itu.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, trip tersebut yang melibatkan Pertubuhan Penggalakan Pelancongan (TPO) bagi Bandaraya Asia Pasifik diharap dapat memperkenalkan produk-produk pelancongan di bandar raya itu serta di Perak, amnya. Beliau berkata, pada masa sama, program untuk mengantarabangsakan Ipoh itu dapat meningkatkan kerjasama antara bandar-bandar yang bernaung di bawah pertubuhan tersebut.
“Selain itu kita juga akan melibatkan bandar-bandar persahabatan Ipoh seperti Nanning dan Wenzhou di China serta Medan di Indonesia dalam program itu,” katanya di sini baru-baru ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Roshidi berkata, bagi memastikan keselamatan bandar raya ini terjamin khususnya kepada pelancong, pihaknya telah memohon peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk menjayakan program Bandar Selamat.
-Utusan Online.
Pelancongan Kini juga akan membantu negeri Perak dalam memberi publisiti kepada Tahun Melawat Perak 2012...
ReplyDelete