LANGKAWI 23 Jan. - Kehadiran pelancong China ke Pulau Langkawi sempena Tahun Baru China meningkat mendadak berikutan penerbangan sewa khas terus dari negara itu ke pulau peranginan ini.
Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Abdul Halim Othman berkata, China Southernn Airlines mengadakan tiga penerbangan sewa khas ke Langkawi mulai semalam, Khamis ini dan 30 Januari nanti. Penerbangan sewa khas pertama membawa lebih 200 pelancong China dari Kunming tiba awal pagi semalam, katanya.
Selain itu syarikat Finn Air dari Helsinki, Finland turut mengadakan penerbangan sewa khas terus ke Pulau Langkawi pada setiap Sabtu mulai Disember lepas sehingga Mac ini.
-Bernama.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.