Sunday, 1 January 2012

Menara KL sasar pertumbuhan 50 peratus tahun ini

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Menara Kuala Lumpur, tarikan pelancongan kedua popular di ibu negara, mensasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 50 peratus pada tahun 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zuraidah Mohd. Said yakin sasaran itu dapat dicapai susulan pembangunan agresif produk serta pakej pelancongan yang akan ditawarkan kepada pengunjung. Katanya, tahun lepas Menara Kuala Lumpur memperoleh pendapatan sebanyak RM10 juta iaitu peningkatan 20 peratus daripada tahun sebelumnya.

"Kami mencatatkan pertumbuhan sebanyak 20 peratus tahun lepas, alhamdullilah. Kami jangka dapat menggandakan daripada RM10 juta itu,” katanya kepada pemberita semasa sambutan ambang tahun baru di pelantar terbuka Menara Kuala Lumpur, malam tadi. Zuraidah berkata, seramai 850,000 pelancong tempatan dan luar negara mengunjungi menara itu pada tahun 2011 berbanding kira-kira 700,000 orang pada tahun sebelumnya.

Katanya, untuk tahun baru ini pihaknya akan memperhebatkan promosi pelancongan mereka kepada pelancong dari sekitar negara Asia, Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Menara setinggi 421 meter itu dibuka secara rasminya pada 1996 dan merupakan menara ketujuh tertinggi di dunia.

-Bernama.

photo: pelancongan kini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.