KUALA LUMPUR: Starbucks Malaysia bersama Tourism Malaysia melancarkan kerjasama strategik sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang bertemakan 'Surreal Experiences'.
Majlis prapelancaran kerjasama strategik itu memperkenalkan inisiatif bersama kedua-dua jenama termasuk barangan edisi terhad, minuman istimewa serta hidangan berinspirasi tempatan bagi meraikan kepelbagaian budaya negara.
Kempen menampilkan maskot rasmi, dua ekor beruang matahari Malaya iaitu Wira dan Manja, yang bakal menjadi ikon TMM2026.
Starbucks dijangka menyokong usaha itu dengan menampilkan pengalaman
Starbucks dalam gaya Malaysia, menggabungkan budaya kopi global dengan sentuhan
tempatan untuk menarik pelancong dari seluruh dunia.
Kerjasama itu akan dimulakan dengan koleksi tumbler edisi terhad
yang ditawarkan di Starbucks Reserve Shoppes sebelum diperluas ke cawangan di
lapangan terbang dan beberapa lokasi terpilih di seluruh negara dan juga
memperkenalkan minuman baharu berinspirasikan rasa tempatan bermula Oktober
ini.
Seterusnya, menjelang 2026, siri produk lain termasuk hidangan
konsep bungkus, patung kunci edisi khas Wira dan Manja serta kad Starbucks
eksklusif TMM2026 yang akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan
kempen itu.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy, berkata kerjasama ini membuktikan bagaimana jenama tempatan dan antarabangsa boleh bergabung dalam usaha mempromosikan keunikan Malaysia.
"Gabungan kisah kreatif, jenama ikonik dan rasa asli Malaysia diyakini mampu menggalakkan rakyat serta pelancong asing menerokai keindahan negara menjelang TMM2026," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Bhd, Datuk Sydney Quays, berkata Starbucks berbangga dapat bersama-sama Tourism Malaysia dalam menjayakan kempen berkenaan.
"Selain meraikan Malaysia bersama pelanggan di sini dan di seluruh dunia, kerjasama ini turut menyokong aspirasi Tourism Malaysia dalam menjadikan TMM2026 satu kejayaan besar," katanya.
Beberapa kedai utama Starbucks juga akan diangkat sebagai destinasi budaya dengan hiasan eksklusif, pengalaman interaktif serta tawaran khas bagi memperkukuh kempen TMM2026.
Tahun Melawat Malaysia 2026 dijangka memperkukuh kedudukan negara
sebagai destinasi pelancongan utama dunia, sekali gus menyokong usaha mencapai
Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG).
-berita harian online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.