Jom Serbu Beramai-Ramai Festival Kenyir Geopark 2025!
Tarikh: 30 Oktober – 1 November 2025
Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam
Lokasi: Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
MASUK ADALAH PERCUMA!
Inilah masanya untuk keluar bersama keluarga, ajak kawan-kawan
serumah, satu pejabat, jiran sebelah dan satu kampung sekali! Jangan datang
seorang – lagi ramai lagi meriah!
Festival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari
untuk semua peringkat umur – dari kanak-kanak sampai warga emas. Nikmati
suasana Tasik Kenyir yang menakjubkan sambil sertai aktiviti air, sukan,
hiburan, jualan produk tempatan dan pelbagai pengalaman yang jarang ada di
tempat lain!
Antara sebab anda wajib datang:
> Aktiviti padat dari pagi hingga malam
> Pemandangan semula jadi Tasik Kenyir yang menenangkan
> Hiburan & program mesra keluarga
> Gerai jualan, makanan dan produk komuniti
> Suasana santai untuk healing dan lepak bersama geng
> Boleh jadikan trip family, gathering, reunion atau outing komuniti
Masuk Adalah 100% Percuma & Terbuka Untuk Semua!
Tiada bayaran masuk, tiada syarat – datang saja bawa orang
tersayang!
-Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.