![]() |
| imej: Tourism Malaysia |
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerja mempromosikan Malaysia Tahun Melawat 2026 (TMM 2026) yang dikendalikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), tidak perlu lagi membabitkan rombongan besar.
Sebaliknya, Perdana Menteri mahu ia dirancakkan secara digital.
"Soal MOTAC, tentu dalam kegiatannya membuat beberapa libat urus dengan semua syarikat termasuk syarikat penerbangan, syarikat pelancongan lain, ejen pelancongan, hotel-hotel dan restoran.
"Libat urus untuk mendengar pandangan mereka, untuk tingkatkan
promosi termasuk secara digital. Sekarang ini banyak secara digital iaitu 70
peratus dan 30 peratus secara konvensional.
"Kerana tak perlu sangat kita bawa rombongan untuk mengajak (melawat Malaysia) tetapi melalui digital yang telah ditingkatkan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid
Tanah) yang meminta kerajaan menyatakan tahap persediaan bagi menjayakan Tahun
Melawat Malaysia 2026 dari segi promosi antarabangsa, pembabitan kerajaan
negeri dan perbelanjaan.
Anwar turut menyinggung mengenai polemik terkait Pusat Pelancongan Islam (ITC) kononnya agensi dibawah MOTAC itu bakal dimansuhkan, termasuk status jawatan Ketua Pengarah ITC yang kosong sejak awal tahun ini.
Setakat ini, beliau menegaskan tidak mendengar apa-apa berita kononnya ITC bakal dimansuhkan.
Mengenai kekosongan jawatan Ketua Pengarah ITC pula, beliau memberi jaminan keputusan berhubung pelantikan akan dibuat dalam tempoh terdekat.
"Jadi tentang pelantikan (Ketua Pengarah ITC), saya baru dimaklumkan sebenarnya akan dilakukan segera. Saya akan pastikan satu, dua hari ini keputusan dibuat.
"Tapi tentang ITC (saya) tak begitu dengar (ia) akan
dimansuhkan," katanya.
-berita harian online.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.