Thursday, 9 October 2025

BIGSabah Sale @ SICC Kota Kinabalu ( 31 Oktober ~ 2 November 2025 )

 

image: SICC

BIG Sabah Sale 2025 kembali lagi untuk tahun yang ketiga!

Tarikh: 31 Okt – 2 Nov 2025

Lokasi: SICC, Kota Kinabalu

Bertemakan "Across Market, Beyond Borders", lebih 600 pempamer, 10 negara, 6 segmen utama — dari fesyen, dekor, gourmet hingga tamu tradisi & forum agro-perikanan.

10 Negara yang akan terlibat dalam BIG Sabah Sale adalah; Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei, China, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Singapura, India.

Lebih menarik, kali ini akan diadakan pertandingan nyanyian Big Sabah Voice dimana juri tetap yang telah dipilih khas merupakan Duo Sensasi Negara pasangan suami isteri, iaitu Akim & Stacy!

Masuk adalah PERCUMA! Bermula 10 pagi – 10 malam

KupikupiFM Sabah, selaku Radio Rasmi BIG Sabah Sale 2025

-Tourism Malaysia Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.