Sunday, 19 October 2025

Majlis Pelancaran Star Karnival Cuti-cuti Malaysia Sarawak, Plaza Merdeka, Kuching

 

SARAWAK, 18 Oktober 2025 - Program Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) Sarawak yang berlangsung di Plaza Merdeka, Kuching telah menerima sambutan hangat daripada pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik bermula dari 17 hingga 19 Oktober 2025. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Rafidah Idris, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia bersama Puan Sharon Lee, Pengurus Besar Kanan Star Media Group.

Sebanyak 74 pempamer dari serata Malaysia telah menyertai SKCCM edisi Sarawak yang terdiri daripada agensi pelancongan, pengusaha produk dan makanan warisan serta pengusaha produk-produk kraf tempatan.

Acara turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran maskot Wira dan Manja semasa majlis pelancaran dan terdapat juga aktiviti interaktif seperti kuiz Kahoot, cabutan bertuah serta persembahan dari artis tempatan Sarawak yang menjadi tarikan kepada para pengunjung.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.