Festival Kraf Borneo Sarawak Kembali Lagi!!
Orang ramai dijemput hadir ke Festival Kraf Borneo Sarawak 2025
bersempena Sarawak Regatta - Kuching Waterfront Festival pada tarikh 24 Oktober
2025 hingga 2 November 2025 bertempat di Kuching Waterfront.
Festival ini menghimpunkan lebih daripada 90 usahawan kraf
terutamanya dari Sarawak dan Sabah. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik
diadakan seperti jualan kraf, jualan komuniti kraf, demonstrasi kraf,
pengembangan ilmu, pameran kraf dan banyak lagi.
Juh datang rami-rami ke Festival Kraf Borneo Sarawak!
-Kraftangan Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.