Tuesday, 18 December 2012

56 Ratu Pelancongan Antarabangsa lawat Putrajaya


Aseh Che Mat (enam dari kanan) bersama Ratu Pelancongan Antarabangsa pada program menanam pokok di pekarangan Monumen Alaf Baru, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 16 Dis. - Seramai 56 peserta Miss Tourism International (MTI) 2012 dari enam benua meluangkan masa hari ini melawat pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini.

Peserta yang mewakili 56 negara itu antaranya Venezuela, Algeria, Mexico, Zambia, Indonesia dan Sepanyol dibawa melihat keindahan landskap di sekitar Putrajaya.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, pelbagai tempat menarik diperkenalkan kepada mereka seperti Taman Wetland, Pusat Interpretasi Semulajadi (NIC) dan keindahan seni bina bangunan di pesisiran tasik dengan menaiki Cruise Tasik.

"Kedatangan mereka ke sini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mempromosikan Putrajaya kepada orang luar. "Ini kerana mereka merupakan ratu yang mewakili negara masing-masing, apabila mereka balik nanti sudah pasti mereka akan bercerita mengenai bandar ini," katanya ketika ditemui selepas program menanam pokok bersama ratu berkenaan di pekarangan Monumen Alaf Baru di Presint 2, di sini hari ini.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.