Tourism
Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan program
Networking Meet-Up Royal Belum, Perak pada 9 hingga 12 Jun 2026 di Royal Belum,
Perak.
Program ini melibatkan seramai 15 peserta yang terdiri daripada penghasil kandungan digital dan pegawai Tourism Malaysia. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan industri, meningkatkan pendedahan serta pengetahuan, di samping memupuk apresiasi dalam kalangan pegawai Tourism Malaysia terhadap keunikan produk dan tarikan pelancongan yang terdapat di Negeri Perak.
Fokus
utama program ini adalah untuk memperkenalkan kawasan Royal Belum yang terkenal
dengan khazanah alam semula jadi, kepelbagaian biodiversiti serta warisan
pelancongan negara yang bernilai tinggi.
Sepanjang
berada di Royal Belum, para peserta turut menerima penerangan dan perkongsian
maklumat terkini mengenai pembangunan produk pelancongan, usaha pemuliharaan
alam sekitar serta potensi pelancongan di kawasan tersebut daripada wakil
Perbadanan Taman Negeri Perak. Sesi perkongsian ini memberi pemahaman yang
lebih mendalam mengenai keunikan dan kepentingan Royal Belum sebagai antara
destinasi ekopelancongan utama negara.
Antara
lokasi yang dilawati adalah Air Terjun Sungai Kooi, Perkampungan Orang Asli,
Salt Lick (Sira), Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Suka Suka Lake Retreat
Lenggong, Kampung Beng Lenggong, dan Kampung Warisan Budaya.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.