PONTIAN: Taman Negara Pulau Kukup dibuka semula selepas empat tahun ditutup bagi memberi laluan kerja menaiktaraf kemudahan di kawasan berkenaan.
Pembukaan semula taman negara itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon.
Katanya, taman negara itu ditutup pada 2020 dalam usaha menaiktaraf pelbagai kemudahan asas termasuk tandas awam dan laluan pejalan kaki.
"Taman ini akan mula dibuka kepada pengunjung mulai 17 Mei ini dengan menggunakan jeti sementara," katanya selepas majlis pembukaan semula Taman Negara itu di sini, hari ini.
Taman Negara Pulau Kukup diwartakan pada 1997 dan diiktiraf
sebagai Tapak Ramsar pada 2003 yang mempunyai keluasan 647.5 hektar.
Tian Soon berkata, taman negara itu kini menyediakan pelbagai
kemudahan baharu termasuk laluan pejalan kaki sejauh 1.6 kilometer, tandas awam
yang dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) .
"Kerajaan negeri memberi kelulusan kos pembinaan jeti
baharu kepada Kementerian Pelancongan Malaysia sebanyak RM2O juta dan dijangka
siap pada 2026, " katanya.
Beliau berkata, lokasi itu juga menjadi kawasan paya bakau
yang terasing dari daratan dan kedua terbesar di dunia.
"Selain itu, taman negara ini mempunyai kepelbagaian
flora dan fauna paya bakau dan juga tempat persinggahan burung hijrah antara
September hingga Mac.
"Kehadiran pengunjung termasuk pelajar sekolah dihadkan
seramai 100 orang saja sehari demi memberi keselesaan kepada semua, "
katanya.
Yang turut hadir, Pengarah Perbadanan Taman Negara Negeri Johor, Taufik Bahar, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan.
-berita harian.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.