Saturday, 13 June 2026

Tourism Malaysia Perkukuh Promosi Pelancongan Marin Melalui Program Fam Trip Ke Pulau Tioman

 

TIOMAN, PAHANG – Tourism Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Pakej telah menganjurkan Program Lawatan Pengenalan (Fam Trip) ke Pulau Tioman dari 6 hingga 10 Jun 2026, melibatkan sembilan ejen pelancongan dari Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam sempena penganjuran Malaysia International Dive Expo (MIDE).

Program ini bertujuan memperkenalkan produk dan tarikan pelancongan Pulau Tioman serta menyokong pembangunan pakej pelancongan yang lebih menarik dan kompetitif untuk pasaran negara masing-masing.

Sepanjang program, para peserta berpeluang meneroka pelbagai tarikan yang ditawarkan di Pulau Tioman, termasuk lokasi selaman bertaraf dunia, perairan yang jernih serta pengalaman pulau yang memukau. Pulau Tioman sememangnya diiktiraf sebagai salah satu destinasi pelancongan marin terkemuka di Malaysia, menawarkan pengalaman aktiviti menyelam dan snorkeling bertaraf antarabangsa kepada pelancong dari seluruh dunia.

Usaha ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong antarabangsa untuk menikmati keindahan Pulau Tioman dan produk pelancongan marin Malaysia yang unik sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.