Jom
ramai-ramai ke Festival Rentak Negeri 2026: "Lantai Adat, Laman
Budaya" yang membawakan gabungan unik seni, budaya, makanan dan hiburan
dalam suasana pantai yang meriah!
Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port
Dickson (MPPD) dan HAVOC Food Festival membawakan kepada anda PROGRAM
PELANCONGAN BUDAYA: FESTIVAL RENTAK NEGERI 2026: “Lantai Adat, Laman Budaya”.
Tarikh: 26 - 28 Jun 2026 (Jumaat hingga Ahad)
Masa: 8.00 Pagi hingga 11.30 Malam
Lokasi: Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri
Sembilan
Festival
ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam mempromosikan kempen Tahun
Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Pelbagai aktiviti
menarik, pameran kebudayaan, dan jualan makanan menanti anda semua.
“Moh
Dogheh Ghamai-Ghamai!”
Sama-sama
kita memelihara dan menghargai seni budaya warisan bangsa.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.