Tourism Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Pakej telah
menganjurkan Famtrip Media Soft Adventure
pada 22 hingga 26 Jun 2026, meliputi negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Program ini melibatkan seramai 17 orang peserta yang terdiri
daripada media dan penghasil kandungan antarabangsa daripada Singapura,
Thailand, Indonesia, Vietnam dan Australia, serta pengamal media tempatan.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada media
tempatan dan antarabangsa mengenai kekuatan produk eco-adventure dan alam
semulajadi Malaysia selaras dengan pertumbuhan pasaran ekopelancongan global
dan penekanan pelancongan lestari oleh Malaysia untuk meningkatkan keyakinan
terhadap kualiti dan keselamatan produk.
Antara lokasi yang dikunjungi dalam program ini adalah Taman Negara
Endau Rompin, ATV Park Sungai Lebak, X
Park Iskandar Puteri, Laman Bakau Tanjung Surat, Sireh Park, serta memberi
pendedahan terhadap festival tempatan di Festival Rentak Negeri 2026 di Port
Dickson, Negeri Sembilan yang berlangsung pada 25 hingga 28 Jun 2026.
Sepanjang program, para peserta didedahkan secara dekat akan
keunikan budaya tempatan seperti budaya masyarakat Orang Asli Jakun, pendedahan
terhadap produk-produk ekopelancongan yang mampu memberi kesedaran terhadap
kepentingan alam kepada orang ramai serta pelbagai aktiviti lasak yang menarik
bagi pencinta aktiviti ekstrem.
Usaha ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan dan
antarabangsa untuk mengalami keindahan alam semula jadi yang ada di selatan
negara, serta pengembaraan yang mengujakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.