Wednesday, 3 June 2026

Sambutan Hari Gawai Di Bintulu Raikan Kepelbagaian Budaya Bersama Komuniti Dan Pelancong

 

BINTULU, SARAWAK | YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah merasmikan Sambutan Hari Gawai Bersama Komuniti dan Pelancong di Rumah Panjang Dato’ Raymond Anak Phen @ Plen, Bintulu, Sarawak.

Sambutan ini membuka peluang kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menyaksikan sendiri keunikan budaya, adat resam serta tradisi masyarakat Iban yang telah diwarisi turun-temurun dan menjadi antara tarikan pelancongan budaya utama di Sarawak. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran His Excellency Ouyang Yujing, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the People’s Republic of China (PRC).

Turut hadir ke majlis ini, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak; YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); YB Tuan Iskandar Turkee, ADUN Jepak dan YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Sambutan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta Mega Familiarisation Trip (Mega Fam) daripada negara China, India, Vietnam, Filipina dan Korea Selatan, serta pelancong tempatan dan antarabangsa yang berpeluang menghayati sendiri pengalaman autentik Hari Gawai dan keunikan budaya masyarakat Iban di rumah panjang.

Encik Mohd Amirul Rizal berkata penyertaan orang ramai dan pelancong dalam sambutan kebudayaan seperti Hari Gawai digalakkan bagi menghayati kepelbagaian budaya Malaysia dan memperkukuh sektor pelancongan negara sempena VM2026.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.