Wednesday, 3 June 2026

Rumah Terbuka Hari Gawai Sibu Bersama Rakyat Dan Pelancong

 

SIBU, SARAWAK | Sambutan Rumah Terbuka Hari Gawai Bersama Komuniti dan Pelancong telah berlangsung meriah di Rumah Panjang Tuai Rumah Esther Anak Patrick Jaya, Sungai Naman 2, Sibu, Sarawak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Melalui sambutan ini, pelancong berpeluang menyelami kekayaan budaya masyarakat Iban serta mengenali adat resam dan tradisi yang menjadi sebahagian daripada identiti unik di Sarawak. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran His Excellency Ouyang Yujing, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the People’s Republic of China (PRC) to Malaysia.

Turut hadir ialah YB Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Lanang; YB Datuk Dr Haji Annuar Bin Rapa’ee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap ADUN N.55 Nangka; Mr Xing Weiping, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching; YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia; Tuan Haji Abang Mohamad Porkan bin Haji Abang Budiman, Residen Bahagian Sibu; serta Kaunselor Sempurai Anak Petrus Ngelai, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC).

Rumah panjang yang menjadi lokasi sambutan membuka ruang kepada peserta Mega Familiarisation Trip (Mega Fam) serta pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mendekati budaya masyarakat Iban melalui pelbagai aktiviti dan persembahan tradisional yang dipersembahkan sepanjang program. Para tetamu turut disajikan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan masyarakat Iban termasuk Upacara Miring, berpantun Iban, persembahan Ngajat, tarian mengelilingi Ranyai serta Upacara Merebah Ranyai yang menjadi antara kemuncak sambutan Hari Gawai.

Program berasaskan komuniti seperti ini bukan sahaja memelihara dan mempromosikan warisan budaya Sarawak, malah memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri keunikan tradisi yang menjadi identiti masyarakat tempatan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.