Razali (kanan) merasmikan program Kesedaran Awam, Pendidikan dan Komunikasi Denai Sungai Kebangsaan di Dungun hari ini.
DUNGUN – Hampir sejuta pelancong membanjiri Terengganu sempena musim cuti perayaan Aidiladha pada minggu lalu.
Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, sebanyak 20 peratus ketibaan pengunjung
sepanjang tempoh 22 Mei hingga 1 Jun itu merupakan pelancong asing.
“Berdasarkan unjuran semasa, seramai 943,161 orang memasuki Terengganu sepanjang minggu lalu.
“Ia turut melibatkan 20 peratus pelancong asing yang kebanyakannya dari Singapura, China dan Thailand,” katanya ditemui selepas merasmikan Program Kesedaran Awam, Pendidikan dan Komunikasi Denai Sungai Kebangsaan peringkat Terengganu.
Razali
berkata, sebanyak 419,183 buah kenderaan direkodkan memasuki Terengganu
menerusi Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang tempoh tersebut.
Beliau berkata, kemasukan pelancong memberangsangkan itu pasti memberi impak kepada ekonomi negeri khususnya peniaga kecil, pengusaha hotel dan inap desa.
“Kita akan mengetahui nilai keseluruhan perbelanjaan dilakukan
pelancong terbabit menerusi perbelanjaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
pada masa terdekat,” katanya.
-Kosmo! Online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.