Saturday, 20 June 2026

FamTrip: “Refreshing Langkawi 99 Magical Island V3 – Gastronomy, Culture & Heritage” – Langkawi, Kedah

 

Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Tengah telah menganjurkan program Refreshing Langkawi 99 Magical Island V3: Gastronomy, Culture & Heritage pada 15 hingga 18 Jun 2026 di Langkawi, Kedah.

Program ini bertujuan untuk mempromosikan produk pelancongan di Langkawi khususnya dalam segmen gastronomi, budaya, warisan dan ekopelancongan, selaras dengan usaha memperkukuhkan promosi pelancongan domestik sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sepanjang program, para peserta berpeluang menikmati pengalaman unik yang mengetengahkan keindahan alam semula jadi, budaya tempatan serta kepelbagaian produk pelancongan yang terdapat di Langkawi.

Antara lokasi dan aktiviti yang dilawati termasuk Dangau Langkawi, Rarebaqhang Studio di Kompleks Kraf Langkawi, Pak Long's Kelulut Honey Farm, Artcase Galleries Langkawi, Dataran Lang, Langkawi Fish Farm Restaurant, Island Hopping ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah, Rumah Makan Jebat, aktiviti "Merewang" dan makan malam tradisional "Nostalgia Kampung Melayu" di Langkawi Country Lodge, SkyCab Cable Car & Eagle Nest Skywalk, Crab Farm, Kubang Badak Biogeotrail serta eksplorasi kuih tradisional dan makanan jalanan di Pantai Cenang.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.