Langit Cherating bakal menjadi pentas dunia!
Edisi ke-4 Kuantan International Kite Festival kembali dengan lebih
gah, menghimpunkan 66 peserta layang-layang bertaraf antarabangsa dari 17 buah
negara. Festival ini bukan sekadar meraikan keindahan seni layang-layang, malah
memperkukuh pelancongan, budaya dan semangat komuniti melalui pelbagai aktiviti
menarik di Pantai Cherating.
Tarikh: 1 – 6 Julai 2026
Lokasi: Pantai Cherating, Kuantan,
Pahang
Antara tarikan utama:
> Pertunjukan Layang-Layang Antarabangsa
> Kite Surfing
> Stand Up Paddle (SUP) & Perahu Layar
> Ceramah Agama
> Bengkel Layang-Layang
> Sukan Pantai & Sukan Rakyat
> Dikir Barat & Persembahan Kebudayaan
> Fire Show Performance
> Wind Ocean Music
> LED Glowing Kite Show
> Jualan & Kiosk
Festival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, Majlis
Bandaraya Kuantan dan Majlis Pelayang Malaysia, dengan sokongan Tourism
Malaysia, Tourism Pahang, PLOM, PLOP, JPKK Kampung Cherating, Masjid Cherating
dan Cherating Surf Cafe dalam menjayakan sebuah festival bertaraf antarabangsa
yang membanggakan negeri Pahang.
Jom bersama-sama memeriahkan Kuantan International Kite Festival 4.0
– W.O.W 26! Bawa keluarga dan rakan-rakan ke Pantai Cherating untuk menikmati
kemeriahan festival, menyaksikan 66 peserta dari 17 buah negara mewarnai
langit, serta merasai sendiri keindahan angin, lautan dan budaya dalam satu
pengalaman yang pasti sukar dilupakan.
Feel the Wind.
Embrace the Ocean.
Experience the W.O.W.
-Majlis Bandaraya Kuantan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.