KUCHING, SARAWAK — Bersempena dengan Kempen Melawat Malaysia 2026
(VM2026), Tourism Malaysia meraikan ketibaan pelawat domestik dan antarabangsa
melalui sambutan khas sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Sambutan ini
diadakan di tiga lapangan terbang antarabangsa utama iaitu Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu (Terminal 1) pada 30 Mei 2026, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) pada 31 Mei 2026 dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching pada 1 Jun 2026.
Majlis sambutan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching telah
dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Roslan bin Abdullah, Pengarah Kanan Bahagian
Domestik & Acara Tourism Malaysia; Puan Rubiah Tul’Adwiyah binti Hj. Md.
Yusof, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Sarawak; Tuan Ir. Jun Iskandar bin
Murshidi, Pengurus Kanan Lapangan Terbang (Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB); Cik Marilyn Roberta
Jeffery, Pengurus Stesyen, Batik Air (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching); Encik
Paul Ting Kah Lung, Pengerusi Malaysia Budget & Business Hotel Association
(MyBHA) Sarawak State Chapter; Encik Roslie bin Ariffin, Presiden Persatuan
Homestay Sarawak; serta wakil daripada agensi kerajaan dan syarikat
penerbangan.
Program sambutan ini mengetengahkan keunikan budaya dan tradisi masyarakat Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada kepelbagaian budaya Malaysia yang menjadi tarikan utama pelancongan negara, seiring dengan VM2026.
Para pelawat yang tiba di balai ketibaan disambut mesra dengan cenderamata istimewa serta disajikan juadah kuih muih tradisional Hari Gawai sebagai simbol hospitaliti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.
Program ini
direalisasikan melalui kerjasama strategik antara Tourism Malaysia, MAHB,
Kraftangan Malaysia dan Batik Air dalam usaha memperkukuh pengalaman ketibaan
pelawat ke Malaysia.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.