Friday 22 July 2016

Fiesta Durian Pulau Pinang 2016 @ Balik Pulau, Pulau Pinang ( 30 & 31 Julai 2016 )

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani melalui agensinya FAMA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan FIESTA DURIAN PULAU PINANG 2016 yang akan berlangsung pada 30 & 31 Julai 2016 bertempat di Perkarangan Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.


Program Fiesta selama 2 hari ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen kawasan Balik Pulau.  Pelbagai acara telah disusun sebagai pengisian program fiesta ini antaranya :-

i.                    Pameran & Jualan Buah-buahan tempatan, Produk asas tani, produk makanan berasaskan durian
ii.                  Promosi Jualan Agroprenuer Muda
iii.                Klinik Durian
iv.                Bas Bergerak 1M & Karavan Tani
v.                  Acara Durian Run Peringkat Sekolah Rendah & Menengah
vi.                Pertandingan Reka Poster
vii.              Kendurian Peringkat Sekolah
viii.            Longest Durian Crepe
ix.                Pertandingan Mewarna
x.                  Pertandingan Chef Kampung
xi.                Mr. Badang
xii.              Motor Show
xiii.            Konvoi Durian Hunt
xiv.            Malam Kesenian Islam
xv.              Pameran agensi kerajaan dan banyak lagi……………………


-Tourism Malaysia pejabat Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.