Friday 21 September 2012

1MCAT: Hasil kontemporari kini dipamer


MELAKA 19 Sept. - Hasil kreatif penggiat seni kontemporari dan pelukis bebas kini dipamer di Balai Seni Rakyat dan Balai Seni Lukis Melaka sempena Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) berakhir hujung bulan ini.

Pengarah Tourism Malaysia Melaka, Jeffri Munir berkata, seramai 46 peserta terdiri daripada pelukis-pelukis bebas seperti Allen Tan, Zakir Amir dan Sani Md. Dom mempamerkan karya masing-masing sempena festival yang bermula 1 September lalu.

Menurutnya, selain pelukis bebas turut serta sepanjang sebulan festival itu ialah penggiat seni kontemporari daripada Kumpulan Pelukis Melaka serta pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu.
"Selain pameran, orang ramai juga berpeluang menghadiri beberapa siri bengkel lukisan dan arca bagi memberi pendedahan serta menimbulkan minat di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, majlis perasmian 1MCAT akan disempurnakan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan turut dihadiri Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab di Dataran Polis Pelancong, Banda Hilir Ahad ini.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.