Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, kira-kira 80 peratus penumpang merupakan penumpang penerbangan Malaysia Airlines, Emirates Airlines, Etihad, KLM dan Singapore Airlines. "Kebanyakan penumpang yang menyertai Showcase KL antaranya dari laluan Eropah ke Australia, India ke Australia dan Timur Tengah ke Australia. "Laluan yang sering dipilih oleh pelancong antaranya ialah dari Sydney ke Mumbai atau Abu Dhabi, Male ke Osaka/Seoul, Brisbane ke Bangalore/Paris/London dan Manila ke Sydney," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan laman sesawang rasmi 'Showcase KL Transit Tour' iaitu www.showcasekl.com. Menurutnya, sebelum ini, pembelian pakej hanya boleh didapati di kaunter 'Showcase KL' di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan bangunan terminal satelit. "Melalui pelancaran ini, pelancong boleh membeli tiket secara dalam talian tanpa perlu berkunjung ke kaunter-kaunter berkenaan," katanya.
Mengulas mengenai 'Showcase KL', Ahmad Phesal berkata, ia merupakan pakej lawatan singkat kepada pelancong-pelancong yang transit di KLIA yang mempunyai masa transit sekurang-kurangnya lima jam. Jelasnya, pelancong kemudiannya dibawa menaiki tren KLIA Express ke KL Sentral dan dibawa ke tempat-tempat menarik sekitar ibu kota menaiki bas KL Hop On Hop Off.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.