KUALA
TERENGGANU, 10 Mei – Terengganu terus memperkasakan sektor pelancongan
berasaskan warisan dan komuniti menerusi penganjuran Tranung Trail Fest 2026
yang kini sedang berlangsung di KTCC Mall.
Majlis
perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, YM
Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, yang hadir mewakili Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri,
Datuk Razali Idris.
Festival
tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei ini menghimpunkan kepelbagaian produk
pelancongan negeri meliputi khazanah sejarah, keunikan alam semula jadi, serta
budaya tradisional dan produk komuniti dalam suasana interaktif.
YM
Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman dalam ucapannya berkata, program
ini merupakan platform strategik untuk memperkenalkan keunikan destinasi
Terengganu kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa.
“Tranung
Trail Fest bukan sekadar festival biasa; ia adalah satu pengembaraan yang
membawa pengunjung menyelami identiti dan warisan negeri menerusi pelbagai
‘trail’ menarik yang diperkenalkan,” jelasnya.
-Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.