Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah
menganjurkan Program Eat.Stay.Love : Kuala Lumpur Edition pada 16 hingga 17
Ogos 2025.
Program ini melibatkan seramai 35 peserta terdiri daripada wakil
media, pempengaruh tempatan serta ASEAN (Singapura, Indonesia dan Thailand),
penggiat industri pelancongan dan para pegawai Tourism Malaysia dengan objektif
menonjolkan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan bandar yang berteraskan
gastronomi, budaya dan komuniti, di samping memperkukuh publisiti Tahun Melawat
Malaysia 2026 (VM2026) melalui kolaborasi bersama media dan pempengaruh
serantau.
Antara lokasi ikonik yang dikunjungi termasuk Zhongshan Building,
Irama Dining, Immersify Kuala Lumpur, Lalaport, Kwai Chai Hong, Central Market,
Forest Research Institute Malaysia (FRIM) turut diperkenalkan kepada peserta
yang terlibat.
Program ini turut menampilkan sesi demonstrasi masakan Melayu
tradisional bersama Dato' Chef Ismail Ahmad di lokasi ikonik Kwai Chai Hong.
Selain itu, sesi Meet & Greet
bersama maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja juga turut dilaksanakan, dan
pengunjung diberi peluang untuk berinteraksi dan bergambar bersama maskot rasmi
VM2026, secara tidak langsung inisiatif ini dapat membantu mempromosikan kempen
VM2026 kepada masyarakat secara lebih dekat.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.