Sunday, 18 February 2024

LADA Dan Media Berpisah Tiada - "Naturally Langkawi"

 


10-12 Februari 2024 - LADA telah menjemput beberapa media terkemuka Malaysia iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) Headquarter, Places Malaysia, NU Ideativ (Pa & Ma – Keluarga dan Libur) dan New Straits Times (NST) bagi membuat liputan mengenai acara Fenomena Sandbar Walk di Tanjung Rhu Langkawi yang berlaku setahun sekali.

Media-media ini turut meninjau & membuat liputan produk-produk pelancongan baru seperti berikut:

1. Langkawi Eagle Nest’s Skywalk yang akan dibuka tidak lama lagi.

2. Dream Forest Langkawi yang memaparkan keindahan immersive light dan penceritaan lagenda Langkawi.

3. Pulau Beras Basah bagi pakej island hopping.

4. Pulau Singa Besar yang kaya dengan terumbu karang dan habitat pelbagai hidupan laut.

5. Gastronomy Langkawi

6. Pulau Tuba

Antara yang menjadi tajuk penting kepada program lawatan ini adalah liputan media mengenai penglibatan komuniti Pulau Tuba di dalam sektor pelancongan dengan pengendalian perkhidmatan melalui Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad (KOPTUBAS). Media telah berpeluang melihat & merasai sendiri aktiviti pelancongan penduduk di Pulau Tuba bagi meningkatkan ekonomi mereka.

-LADA.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.