KUALA LUMPUR, 18 September
2023 - Sebanyak 12 pempengaruh media sosial yang bernaung di
bawah jaringan The Girls Republique, menyertai program Kembara CutiCuti
Malaysia The Girls Republique bermula hari ini untuk menghasilkan kandungan
media sosial serta mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan menarik di
sekitar negeri Kelantan dan Pahang.
Program kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia itu antara
lain bertujuan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya Generasi
Z dan Millennial, untuk lebih aktif melancong di dalam negara serta mencipta
kenangan indah bersama rakan-rakan sekali gus merancakkan lagi kempen
pelancongan domestik.
Antara lokasi pelancongan yang dilawati termasuklah Muzium
Negeri Kelantan, Street Art Kota Bharu, Kampung Kraftangan, Pantai Senok dan
Pantai Nusuk di Kelantan. Di Pahang, aktiviti pelancongan yang diketengahkan
pula melibatkan kawasan Cherating seperti menyaksikan kelip-kelip dan
menelusuri mangrove river cruise selain meluncur di Cherating.
Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia
berkata, generasi muda pada masa kini, gemar untuk meneroka serta mencuba
pengalaman baharu dan menjelajah ke tempat-tempat menarik bagi menenangkan
minda daripada rutin harian yang sibuk.
“Selain daripada acara-acara yang dirancang, para peserta juga
akan membuat persinggahan di beberapa hentian menarik sepanjang perjalanan,
lantas menjadikan pengalaman ini lebih bermakna dan mengujakan dengan beberapa
elemen kejutan semasa bercuti,” katanya.
Video-video promosi yang dihasikan akan digerakkan menerusi
strategi “crossplatform promotion” untuk memastikan capaian yang lebih meluas
di kedua-dua laman media sosial Instagram dan TikTok di bawah kendalian The
Girls Republique dan Tourism Malaysia, bermula Oktober ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.