KUALA LUMPUR, 16 Januari 2026 - Program ini dianjurkan oleh
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dengan kerjasama
Global Harmony Foundation (GHF), serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya Malaysia (MOTAC), sebagai sebahagian daripada inisiatif jelajah
“Meneroka Malaysia Bersama Wira & Manja” bersempena Tahun Melawat Malaysia
2026 (VM2026).
Antara tarikan utama program ini ialah komponen pemasangan awam
berimpak tinggi bertajuk “100 Maskot Wira dan Manja” yang menampilkan zon
paparan dan titik foto khas untuk penglibatan orang ramai. Pameran statik ini
akan berlangsung dari 16 hingga 18 Januari 2026 di Menara Kuala Lumpur (KL
Tower).
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pelawat pengalaman
yang lebih bermakna, meningkatkan jumlah kehadiran pengunjung, serta
memperkukuh aktiviti promosi pelancongan negara melalui promosi digital media
sosial yang menyeluruh meliluti segmen keluarga dan semua lapisan masyarakat.
Majlis ini telah dihadiri oleh Encik Lee Thai Hung, Timbalan Ketua
Pengarah (Promosi II), Tourism Malaysia, serta Puan Baizuri Baharum, Pengarah
Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Tenggara.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.