Tuesday, 3 February 2026

Sesi Libat Urus YB Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Bersama Penggiat Industri Pelancongan

 

Putrajaya, 3 Februari 2026 - Sesi Libat Urus YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Dato Sri Tiong King Sing bersama Penggiat Industri Pelancongan telah diadakan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan dan industri dalam menjayakan Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Turut hadir semasa sesi ini ialah YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC dan YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Antara fokus utama sesi ini termasuk pembangunan produk pelancongan berkualiti dan berdaya saing, kelestarian (SDG), keselamatan dan kesejahteraan pelancong, serta pemanfaatan geran dan insentif bagi merancakkan promosi dan pertumbuhan sektor pelancongan negara.

Kerjasama berterusan ini menjadi asas penting dalam merealisasikan VM2026 sebagai misi nasional ke arah sasaran menarik lebih 47 juta pelawat antarabangsa serta memberikan manfaat ekonomi yang menyeluruh kepada rakyat dan negara.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.