PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
(MOTAC) turut memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya
menerusi Kontinjen Kesejahteraan: Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.
Kontinjen ini melibatkan seramai 90 peserta merangkumi pegawai
MOTAC, kakitangan Tourism Malaysia, rakan strategik serta agensi pelancongan.
Kontingen ini diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Ketua Sekretariat
Visit Malaysia 2026–2027. Turut menyerikan perarakan ialah empat kenderaan
berhias yang mengetengahkan kepelbagaian Malaysia melalui ikon pelancongan
setiap negeri, flora dan fauna Malaysia, busana tradisional, alat muzik
tradisional serta maskot rasmi Visit Malaysia 2026–2027, Wira dan Manja.
Kontinjen ini mencerminkan kekayaan seni, budaya, warisan dan
khazanah pelancongan Malaysia, selaras dengan tema “Malaysia MADANI:
Kesejahteraan Dinikmati”.
Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme dan bersatu
padu demi kejayaan negara yang lebih gemilang.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.