Wednesday, 7 August 2024

Kembara Pancing Melaka di Pantai Puteri tawar hadiah lebih RM26,000

 


MELAKA: Wang tunai lebih RM26,000 menanti pemenang pertandingan memancing Kembara Pancing Melaka pada Jumaat ini, yang dianjur bagi menyokong usaha Tourism Malaysia menggalakkan pelancongan domestik.


Juara pertandingan di Pantai Puteri itu akan membawa pulang wang tunai RM10,000, naib juara (RM2,000) dan ketiga (RM1,000). Pemenang keempat (RM400), setiap pemenang kelima hingga ke-10 (RM250), ke-11 hingga 30 (RM200) dan ke-31 hingga 70 (RM180).


Kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan, bermula jam 3 petang Jumaat ini hingga sebelum pertandingan bermula, dijadualkan jam 9.30 malam berkenaan hingga 1.30 pagi Sabtu.


Jurucakap penganjur, Amir Ali Mohamad, berkata pertandingan anjuran Joran Unggul Event Management bagi menyokong usaha Tourism Malaysia menerusi tema 'Cuti-Cuti Malaysia-Melanconglah Dalam Negara' itu mempertandingkan hanya kategori ikan terberat.


"Yuran penyertaan RM85 dikenakan untuk satu joran dan hanya RM50 bagi pemancing kelainan upaya (OKU)," katanya.


Selain memancing, katanya, peserta yang hadir bersama keluarga boleh bercuti di negeri pelancongan popular ini, sekali gus menyumbang kepada kerancakan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor makanan dan perhotelan.


"Pantai Puteri terkenal sebagai pantai peranginan termasuk bagi aktiviti memancing. Ada pelbagai spesies ikan di perairan itu, termasuk pari, senangin, semilang, jenahak, mayung dan lain-lain.


"Kali terakhir pertandingan memancing berskala besar diadakan di situ pada Disember tahun lalu sempena pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024,'' katanya meminta mereka yang inginkan maklumat lanjut pertandingan menghubungi talian 019-6203040 dan 012-9348248.

-berita harian online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.