Hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 bakal menanti kaki pancing dalam pertandingan memancing Malaysia Surfcasting Tour 2020 di Pantai Seri Lalang Laut, Mersing, Johor.
Program anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management itu bertujuan untuk mempromosikan Cuti-cuti Malaysia sekaligus sebagai satu platform mempromosikan pantai-pantai di seluruh negara. Siri kelapan ini dijangka akan disertai 1,000 penyertaan di persisir pantai sepanjang 4.5 kilometer.
Juara bakal membawa pulang RM35,000, kedua RM10,000 dan ketiga
RM5,000. Pemenang keempat hingga ke-100 juga bakal pulang bersama hadiah wang
tunai. Menurut wakil WakJali Event, Md Zali Kasran, pertandingan itu bakal
menyaksikan pemancing dari seluruh negara berkumpul di Johor.
Beliau yakin saiz ikan yang lebih besar akan menarik lebih ramai kaki pancing untuk menyertai pertandingan itu. Terdapat juga cabutan bertuah kepada peserta. Lokasi baru yang akan diadakan selepas ini. Berikutan musim monsun Timur Laut yang baru berlalu, pertandingan kali ini diyakini bakal menyaksikan pelbagai spesis ikan gred A akan menjadi buruan peserta.
Bagi pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak penganjur di talian 019-620
3040, 012-245 7647 dan 013-383 8655.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.