BANTING: Pertandingan Santai Pancing Madani@Pantai Kelanang pada Sabtu ini yang mendapat sokongan Tourism Malaysia, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM27,000 kepada pemenang.
Juara akan membawa pulang wang tunai RM10,00, naib juara (RM3,000), ketiga (RM1,000), keempat (RM600), kelima (500), keenam hingga 10 (masing-masing RM250) dan ke-11 hingga 100 (masing-masing RM120).
Pertandingan anjuran Kelab Pemancing Surfcast Profesional Bersatu Malaysia (MUPSAC) itu turut mendapat sokongan Ahli Majlis, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPHL), Mat Irwan Mat Ismail.
Presiden MUPSAC, Mohd Naim Ab Hakim, berkata acara Sabtu ini dijadual berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan kaunter pendaftaran akan dibuka di lokasi pertandingan bermula 8 malam Jumaat ini.
"Yuran penyertaan RM70 dikenakan untuk satu joran, manakala bagi orang kelainan upaya (OKU), yuran RM50. Peserta yang mendaftar awal akan menerima baju T, manakala peserta bertuah yang memegang resit pendaftaran pada gandaan 10 akan mendapat makan tengah hari percuma.
"Makan tengah hari percuma disediakan di lokasi pertandingan oleh pengusaha Lan Nasi Ayam selepas acara tamat jam 12.30 tengah hari,'' katanya memaklumkan resit pendaftaran pada gandaan 10 seperti 1,000; 1,010; 1,020; 1030 dan seterusnya.
Mohd Naim berkata, pertandingan itu dijangka membantu industri pelancongan domestik dengan pergerakan peserta dari seluruh Semenanjung bagi menyertai acara di Pantai Kelanang yang kaya pelbagai spesies ikan seperti pari, malong, belukang, semilang, gelama dan lain-lain.
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi penganjur di talian 019-6203040, 012-2141401 dan 012-6823479.
-berita harian online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.