Tourism Malaysia menyertai Persidangan Routes World 2023 bertempat di
Istanbul, Turkiye pada 14 hingga 18 Oktober 2023.
Delegasi Tourism Malaysia diketuai oleh Ybhg. Datuk Musa Hj. Yusof,
Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia.
Penyertaan Tourism Malaysia di dalam program ini adalah penglibatan
pertama kali Tourism Malaysia secara rasmi dan sebagai usaha memperkukuhkan
kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan di Rantau Asia Pasifik
sejajar sebagai rakan kerjasama bersama MAHB untuk program Routes Asia yang
bakal dianjurkan di Langkawi pada tahun 2024.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.