SUBANG JAYA – Tourism Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Berhad
(MYDIN) menjalin kerjasama strategik menerusi pelancaran Kempen “Jom Jalan
MYDIN”, sebuah inisiatif khusus bagi merancakkan pelancongan domestik dengan
menggabungkan elemen pengalaman beli-belah
interaktif serta sokongan terhadap barangan tempatan.
Kempen yang dilancarkan selari dengan Kempen Melawat Malaysia 2026
(VM2026) ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia meneroka keunikan destinasi
tempatan, sambil menikmati ganjaran beli-belah yang menarik di cawangan MYDIN
terpilih di seluruh negara.
YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Malaysia (MOTAC) menyifatkan kerjasama awam swasta (public-private partnership)
ini sebagai langkah proaktif yang menyokong aspirasi negara.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.