Saturday, 25 July 2026

Latihan Penuh Perarakan Colours Of Parade Meriahkan Persiapan Citrawarna 2026

 

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2026 - Sorotan sekitar latihan penuh perarakan Colours of Parade sebagai persiapan menjelang Citrawarna 2026, yang menghimpunkan lebih 3,500 penari daripada 14 kontinjen mewakili seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia.

Setiap kontinjen mempersembahkan keunikan warisan budaya negara menerusi busana tradisional, seni persembahan dan kepelbagaian budaya yang mencerminkan semangat Malaysia Truly Asia.

Latihan penuh ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Ybrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Promosi II), YBrs. Encik Lee Thai Hung, serta Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026, YBrs Encik Mohd Akbal Setia sebagai tanda sokongan terhadap kelancaran penganjuran Citrawarna 2026.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.