Tourism Malaysia Wilayah Selatan menyertai pameran MITM 2026 Johor
pada 17-19 Julai 2026.
Pempamer seramai 9 Penggiat Industri termasuklah DFF Travel and
Tours, Flywind Travel & Tours, Go Multi Travel and Tours, De SR Travel and
Tours, Haniff Travel and Tours, Labis Sunrise Resort, Lotus Desaru Resort, Ghost Museum dan Indoor theme park
Kids Republic telah menyertai astaka Tourism Malaysia.
Pakej-pakej pelancongan domestik
yang dijual termasuklah Pakej ke Pulau-pulau Utama, Sabah, Desaru,
Genting Cruise, Taman Negara Pahang, Train to Dabong Kelantan.
Selain itu, Labis Sunrise dan Lotus Desaru juga mempromosikan harga pakej penginapan yang
menarik dan berbaloi.
Diskaun sehingga 30% ditawarkan mengikut terma dan syarat pempamer.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah Meet and Greet Wira
dan Manja, kuiz pelancongan dan hadiah misteri kepada pembeli yang bertuah.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.